Pakej 1

3 Hari 2 Malam Pakej Pelancongan Riadah Ke Palembang

Palembang, sebuah bandar pelabuhan di sungai Musi adalah salah satu ibu kota bagi Sumatra Selatan Indonesia. Dengan tapak sejarahnya sendiri dan pemandangan sungai yang menakjubkan, lawatan ini akan memberi anda kenangan yang tidak dapat dilupakan.
HARGA BERMULA DARI ~ RM950!!
Jambatan Ampera

Palembang, Indonesia -- Tahukah Anda salah satu ikon Kota Palembang yang sangat terkenal? Dalam waktu dekat ini, Jambatan Ampeta di Palembang, Sumatera Selatan bakal makin tersohor di level dunia.


Jambatan Ampera membentang dan menghubungkan daerah Seberang Ulu dan Seberang Kota Palembang yang dipisahkan oleh Sungai Musi, sungai terpanjang di Pulau Sumatera
Menikmati Jambatan Ampera pada malam hari boleh menjadikan aktiviti pilihan saat berada di Kota Palembang. Warnanya yang dilengkapi cahaya lampu yang gemerlap akan membuat Jambatan Ampera semakin menawan.
Kota Palembang adalah salahsatu  tempat yang selalu menganjurkan Sukan Sea dan menjadi tempat yang dikenali/popular di Asia 



 Masjid Cheng Ho

Masjid yang terkenal di Palembang dan menjadi tumpuan pelancongan tidak mengira agama, sentiasa di kunjungi oleh pelancong yang berlainan agama
Terdapat banyak sejarah disini masjid unik yang perpaduan dua budaya. Rekaan masjid ada unsur budaya Cina

Masjid yang berlokasi di Jakabaring, Palembang. Masjid yang dibangun dengan perpaduan unsur Cina, Melayu dan Nusantara. Tempat pendidikan Al-Quran untuk kanak-kanak secara percuma



Tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh orang Islam dan kaum Cina. Warna yang sangat indah menarik perhatian 



Pagoda Pulau Kemaro

Berkunjung ke Palembang belum lengkap kerana ada tempat indah, sebuah Pagoda 9 tingkat di samping tokong cina yang menjadi tarikan pulau ini terutamanya bagi pelancong Tionghua
Seorang pengeran Cina bernama Tan Boong An berhasrat melamar Puteri Siti Fatimah, puteri Palembang sendiri di mana kisah percintaan dua insan ini mempunyai pengkisahan penuh erti Pulau Kemaro

Untuk ke pulau ini anda perlu menaiki bot atau perahu yang menyusuri Sungai Musi berhampiran Jambatan Ampera
Selain itu, terdapat pokok 1000 cinta. Kononnya jika tulis nama pasangan kita akan kekal hingga ke akhir dan banyak nama-nama orang disitu, menjadi tempat itu menarik



 Sejarah Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II

Lokasinya terletak di tepi Sungai Musi juga di antara Jambatan Ampera dan juga Benteng Kuta Besak. Memang tempat wisata di Palembang ni umumnya terletak di kawasan yang sama jadi amat mudah mencari dan melawat tempat ini


Muzium ini dulumya sebuah Benteng Kuno Lamo 
Banguan yang sudah pernah dimusnahkan oleh Belanda dan tempat menjadi tarikan oleh pelancong luar. Barangan berharga yang sudah lama dengan warna warni yang menarik didalam muzium ini



 Air Terjun Bidadari

Dengan ketinggian 30 meter, keindahan Air Terjun Bidadari mampu memukau mata pelancong yang datang kesini. Di tepinya ditumbuhi pokok-pokok rindang yang membentuk sebua gua, sehingga membuat suasananya makin teduh, apalagi banyak burung dan rama-rama



Akar pokok-pokok disana tergantung di tepi sungai dengan indahnya. Selain itu pokok-pokok juga ada dan tergengar suara alam yang nyaman menyenangkan diri



Makanan Khas atau popular di Palembang, Indonesia

 Pempek

Makanan ini adalah makanan khas untuk masyarakat Palembang, kesedapannya sangat tidak dapat dilupakan, di dalamnya ada telur dan jada juga yang biasa. Kebiasaannya ia berbentuk karipap dan ia seperti keropok lekor tetapi lain rasanya, makan bersama kuahnya iaitu cuka yang pedas sidikit


Martabak HAR

Antara makanan yang popular di Palembang dengan pilihan telur ayam atau itik. Ada berbagai varian juga mulai sayuran, daging kambing atau ayam dengan pelengkap kuah kari. Martabak HAR yang dikatakan lagenda di Palembang kerana sudah ada sejak 1947. Rasa yang sangat sedap ini mampu membuat orang yang menikmatinya ketagih seperti anak  bongsu Presiden Indonesia


Penginapan Hotel Untuk Anda 5 Bintang!



The Alts Hotel, Palembang

Hotel ini menjamin kepuasan kepada pelanggan atau pelancong yang datang dengan memberi layanan yang cukup baik dan mesra, memberi pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan

 Kelesaan bilik yang terjamin dengan kelengkapan yang mencukupi serta nyaman untuk seisi keluarga

 Kemudahan kolam renang dengan pandangan Kota Palembang yang boleh dilihat ketika mandi manda di kolam hotel ini


Jadual Perjalanan Anda Pergi Dan Balik

HARI 1: KETIBAAN DI PALEMBANG-PELANCONGAN SEPARUH HARI
Setibanya anda dilapangan terbang, pemandu pelancong kami akan menjemput anda. Selepas itu, anda akan teruskan lawatan separuh hari berjalan-jalan di Kota Palembang ke Jambatan Ampera, Sungai Musi dan Masjid Cheng Ho. Makan malam di restoran yang popular di Palembang. Selepas itu, anda perlu daftar masuk ke hotel

HARI 02: LAWATAN KE BANDAR DAN MUSI (SARAPAN/MAKAN TENGAHARI/MAKAN MALAM)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, berangkat ke pelabuhan untuk lawatan Musi(Menaiki bot tradisional ke rumah-rumah terapung.) Anda akan melawat Pagoda Pulau Kemaro yang berada di tengah sungai.Menikmati makan tengahari dan pergi ke pelancongan Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II, Muzium Balaputra Dewa. Makan malam direstoran mewah dan kembali ke hotel

HARI 3: PALEMBANG – PERLEPASAN (SARAPAN)
Anda menikmati sarapan pagi di hotel. Kemudian lawatan terakhir mandi di Air Terjun Bidadari  dan program bebas sehingga ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang























Tiada ulasan:

Catat Ulasan